Ilmu untuk dikongsikan bersama

My Photo
Blog ini adalah sebagai nota bagi rujukan saya untuk sebarang masalah atau perkara yang kekadang terlupa, oleh itu banyak maklumat dalam blog ini adalah daripada salinan daripada kekawan dan juga blog lain, harap mendapat kebenaran dan kerjasama daripada semua, sebarang kesilapan dan tersalah info amatlah diharap dimaafkan

Wednesday, 14 March 2012

Koleksi induk dan generasi penapis dari induk terpilih


 Assalamualaikum..........

ini adalah sebahagian daripada induk yang saya ada , untuk bulan march sahaja , syukur alahamdulilah, 9 ekor induk dah menlahirkan anak2 nya yang comel2 .




















Generasi pertama, untuk ini saya kawin kan NZW dan LH, harap dapat rabbit yang besar dan cantik




ini anak chincila, ibu nya mati selepas melahikan 7 adik beradiknya, tapi alahamdulilah ibu angkat berjaya membesarkan dia org nie semua, tapi sekor mati

5 rupa chincila tapi tertiba sekor nie rupa NZW

moga bertambah sihat, sekarang dah umur sebulan setengah

nie ibunya FG, bapaknya saya guna ES 

yang nie rupa bapaknya

umur 3 minggu


3 minggu 


nie anak angora tapi bapak nya LH


baru 5 hari



dah ngadung, tunggu lagi 3 minggu, beranak la tu


ES yang saya ada

chincila yang masih dara


induk NZW, umur 5 bulan , berat 3kg lebih




lagi 2 minggu akan beranak, harap2 keluar 8 ekor



yang nie baru jer lepas gigit tangan saya, berdarah gak la



anggora


baru dua hari umurnya

yang nie umur 4 hari, cantik ibunya, buncit 2 perut anak2 nya

bulu pun belum tumbuh walau pun sikit

Friday, 17 February 2012

Cara Membuat IMO1 (MOL Nasi)Di Documented oleh Mohammad Abdul Rahman dari Posting Pn. Nurwahidah

Padi SRI Selangor : Cara Membuat IMO1 (MOL Nasi)Di Documented oleh Mohammad Abdul Rahman dari Posting Pn. Nurwahidah
.Di sini Mak Tam berikan cara untuk membuat IMO1. Yang tertera di bawah ini adalah sebagai contoh untuk yang nak belajar. Elok juga dibuat beberapa buah bekas plastik berisi nasi kerana selalunya bukan semuanya menjadi. Ada yang dimakan tikus, dimasuki semut, atau basi. Cubalah sampai berjaya membuat IMO1 kerana selepas berjaya barulah dapat melangkah membuat IMO2. Bila sudah pandai dan hendak buat banyak, boleh lah guna bekas-bekas yang lebih lebar, tetapi tebal nasi tidak melebihi 5 cm. Tinggi bekas seeloknya kurang daripada 7 cm. Jangan guna kertas akhbar atau kertas yang ada dakwat untuk dijadikan penutup. Cari kertas putih (kertas majung).
Soalan-soalan boleh diajukan melalui comments. Kalau lambat balas, harap maaf kerana sekarang agak sibuk. Tapi InsyaAllah, jika terjumpa kawasan WIFI, bolehlah guna internet. Baru boleh jawab. Atau pun jika berada kat rumah
1. Tanak nasi dan tunggu sejuk. Masukkan nasi ke dalam bekas plastik. Jangan pegang nasi dengan tangan untuk mengelakkan nasi jadi basi.
2. Tutup bekas plastik dengan kertas putih dan ikat guna getah. Ini adalah untuk mengelakkan serangga masuk dan pengudaraan berlaku. Mikrob juga akan masuk melalui kertas.
3. Tempatkan bekas tadi di bawah rumpun buluh. Boleh dibuat beberapa bekas nasi, dan diletakkan di beberapa lokasi buluh lain. Ini adalah untuk mencari mikrob yang paling cergas.
4. Kumpulkan daun-daun buluh yang kering dan letakkan ke atas bekas tadi.
5. Tutup bekas tadi dengan lebih banyak daun buluh kering hingga bekas tidak lagi kelihatan.
6. Untuk mengelakkan daripada dibasahi hujan, tutup dengan helaian plastik, atau apa-apa yang sesuai.
7. Selepas dua hari, ambil bekas plastik dan buka tutup kertas. Jika anda nampak di atas nasi nampak seperti ada seperti kulat berwarna putih, maka anda telah berjaya membuat IMO1.
Kadang-kadang ada juga sedikit kulat berwarna oren, hijau dan hitam. Asalkan yang berwarna putih ada banyak, sudah ok. Tetapi kalau yang hijau atau hitam banyak, buang saja dan buat baru.
Jika nasinya basi (berair/berlendir), bermakna IMO1 tidak berjaya dibuat. Nasi basi dibuang sahaja, buat lagi hingga berjaya.

TAMBAHAN ARTIKEL BERKAITAN - OLEH MOHAMMAD ABDUL RAHMAN
CARA2 NAK BUAT IMO2:
IMO1 di campur gaulkan denagn gula merah atau brown sugar dengan kadar 1:1, masukkan dalam bekas plastik dan tutup ngan kertas majong , biarkan selama 7 hari, dalam masa 7 hari ini akan terbentuklah IMO2 untuk di gunakan dalam pengeluaran IMO3 dan IMO4.

IMO3:
ambil sebanyak lebihkurang 10-15gm atau 2sudu besar IMO2 dan bancuh/larutkan denagn 1 lit air tanpa klorin, adunkan biar sebati, ambil 8KG dedak padi halus, gaul siramkan dengan 1 lit air IMO2 tadi......( IMO2 yang dah di bancuh bulehlah juga di gunakan untuk siraman media atau foliar spray untuk memeberikan media microbes dan fungus) Dedak yang dah di adunkan denag air IMO2 tadi di perapkan selama 5 hari untuk pembiakan fungus dan microbes serta meningkatkan diversification microbes dan fungus. selepas 5 hari jadilah IMO3 yang kaya dengan good microbes dan fungus.( gunakan tong cat atau baldi besar)......kalu nak banyak gunakan lah sebanyak mana IMO2 dengan kadar spt di atas.

IMO4:
Untuk IMO4 campurkan sama banyak top soil dan gaul serata lembabkan sedikit, IMO4 ni di gunakan untuk buat compost dari bahan2 organik brown dan greens. ( 1/3 greens dan 2/3 browns)..IMO4 juga buleh di campukan dengan bahan kompost lain untyuk di buat bokashi, atau bule terus di gaul bersama cocopeat untuk pembiakan microbes dalam media

Thursday, 5 January 2012

PERTANIAN PERSEKITARAN TERKAWAL (PPT)


Pengertian PPT
Aktiviti penanaman dan penternakan dalam struktur tertentu yang melindungi tanaman dan ternakan daripada keadaan persekitaran yang melampau supaya dapat meningkatkan kualiti dan kuantiti hasil pengeluaran
Kepentingan PPT
1. Melindungi tanaman dan ternakan daripada keadaan iklim ekstrim
Tanaman
- melindungi tanaman dari timpaan hujan dan tiupan angin
- hujan lebat menyebabkan kecederaan fizikal pada daun dan bunga
- hujan lebat tanah becak dan lembik
- hujan lebat menyebabkan larutresapan baja
- angin kuat menyebabkan daun terkoyak, ranting patah dan pokok tumbang
Ternakan
– lindungi ternakan dari hujan, tiupan angin dan tegasan haba
– jika panas pasang kipas dalam reban
– lindungi ternakan dari pemangsa sepertimusang dan anjing
– halang haiwan pembawa penyakit seperti burung dan tikus
2. Membolehkan penanaman dan penternakan di luar musim
– PPT boleh sedia dan kawal cahaya, suhu, pengudaraan, kelembapan, CO2 mengikut
keperluan tanaman
– rumah kaca dapat mengawal faktor-faktor persekitaran dengan sempurna
– tanaman dapat ditanam sepanjang tahun walau pun pada musim kemarau
– ternakan tidak terjejas dengan iklim yang tidak menentu sebab terlindung
3. Meningkatkan kuantiti dan kualiti hasil tanaman dan ternakan
- pokok dapat spektrum cahaya yang sesuai
- dapat elak keterikan cahaya matahari
- pokok hidup subur dan hasil berkualiti dan banyak
– ternakan sihat dan pengeluaran hasil tidak terganggu sebab dilindungi dari iklim ekstrim
Struktur binaan PPT
1. Rumah hijau
– tertutup sepenunhya
– bumbung dan dinding di buat daripada kaca atau plastik lutsinar
– boleh ditembusi cahaya matahari
– fungsi rumah hijau :
a. kawalan kelembapan udara
b. kawal keterikan cahaya
c. membantu proses pengalihudaraan
d. kekal kandungan CO2
e. kawal suhu udara
f. lindungi dari serangan serangga perosak
g. elak larutresap nutrien
h. elak tiupan angin kuat
i. elak timpaan hujan
j. kurang sinar ultra lembayung
2. Kolam tiruan
– untuk ternak ikan
– bekas seperti palong, akuarium atau tangki
- pemilihan bekas berdasarkan – saiz, kedalaman, bentuk, suhu dan kandungan oksigen
- kelebihan kolam tiruan:
a. kerja persediaan mudah
b. modal kecil
c. boleh ternak secara kecilan atau hobi
d. tidak terdapat pemangsa
e. mudah memungut hasil
Contoh penggunaan PPT
1. Pertanian tanpa tanah
– guna medium bahan lengai seperti batu kelikir, sekam padi, habuk papan dan pasir
- bahan ini untuk menyokong akar
- kategori sistem hidroponik – sistem hidroponik terbuka dan tertutup
Keperluan asas kultur tanpa tanah :
a. air – bersih dan bebas klorin
b. nutrien – unsur makro dan mikro
c. medium penanaman – memberi sokongan mekanikal kepada akar
– medium seperti span, batu kelikir, rock wool, pasir kasar,
vermikulit dll
d. bekas atau takung penanaman – menampung medium penanaman, berwarna gelap
untuk elak pertumbuhan alga
e jenis tanaman – jangka pendek dan bernilai tinggi seperti tomata dan tembikai susu
f. peralatan khas – seperti pam air, pam udara dan pemasa
Kaedah hidroponik
a. Kultur tanpa agregat (kultur cecair)
i. Kultur cecair ringkas
– unit penanaman kecil
– sayur daun seperti kailan, sawi
– tiada pengaliran larutan nutrien
– pengudaraan akar kurang sempurna
ii. Kultur aliran nutrien
– guna pam untuk mengalirkan nutrien
– untuk tanaman saiz besar seperti tomato dan timun
– struktur dibuat secara komersil ialah Teknik Nutien Tipis (NFT)
– palung tutup rapat untuk elak pertumbuhan alga
iii. Aeroponik
– untuk salad, bayam, tomato
– nutrien diberi secara semburan halus
– semburan beberapa saat setiap selangan 2 – 3 minit
b. Kultur agregat
– guna bahan lengai untuk menyokong tanaman seperti pasir, vermikulit dan kelikir
– agregat terendam dalam takung
– larutan nutrien dipam ke dalam medium agregat
– agregat dibasah atau terendam dari bawah
2. Sistem perumahan ternakan
- perumahan sempurna adalah persekitaran yang terkawal
- fungsi perumahan :
a. elak timpaan hujan ke atas ternakan
b. mengurangkan keterikan cahaya
c. elak serangan serangga perosak dan penyakit
d. bantu proses pengalihudaraan dalaman
e. menurunkan suhu dalam persekitaran struktur
f. kawal kelembapan udara
g. halang tiupan angin kencang
- ayam penelur – sensitif kepada kebisingan perlu reban tertutup dan dilengkapi pendingin hawa
Kelebihan dan kelemahan pertanian tanpa tanah
Kelebihan Kelemahan
Penggunaan kawasan lebih cekap Kos permulaan membina tinggi
Mudah kawal kandungan nutrien dalam larutan Perlu pengetahuan dan kemahiran urus nutrien
Tiada penyakit bawaan tanah Perlu bekalan elektrik berterusan
Tidak perlu kawal rumpai Sesuai untuk tanaman tertentu sahaja
Penanaman sepanjang tahun
Hasil bersih, sseragam dan berkualiti
Boleh ditanam di ruang terhad

Apa itu bioteknologi


bakteria2
BIOTEKNOLOGI DALAM PERTANIAN
Pengertian Bioteknologi
Aplikasi prinsip sains dan kejuruteraan dalam pemprosesan bahan oleh agen biologi untuk menghasilkan barangan dan perkhidmatan bagi keperluan manusia.
Kepentingan bioteknologi dalam pertanian
1. Meningkatkan hasil- meningkatkan kualiti dan kuantiti hasil tanaman dan ternakan
- penghasilan haiwan transgenik secara penyuntikan gen hormon tumbesar
- menyebabkan saiz badan dan kadar tumbesar meningkat
- kualiti hasil seperti mutu daging dan serat daging ditingkatkan
- mengubahsuai kandungan protein dalam susu
2. Menambahkan nilai pemakanan- meningkatkan kandungan protein dan vitamin dalam produk pertanian secara
kaedah kejuruteraan genetik
- meningkatkan kandungan vitamin E dalam minyak kelapa sawit, jagung dan kacang soya
- meningkatkan vitamin A dalam padi
- nilai diet manusia bertambah baik dan manusia menjadi lebih sihat dan dapat mengurangkan serangan penyakit
3. Membaiki ciri fizikal hasil pertanian
- membaiki ciri fizikal seperti saiz, tekstur, warna dan rasa
- menggunakan kaedah kejuruteraan genetik
- contoh – penghasilan varieti orkid yang mempunyai warna lebih menarik dan tangkai bunga yang pendek
4. Meningkatkan resistan terhadap serangan perosak dan penyakit- hasil tanaman atau ternakan yang resistan patogen
- penghasilan tanaman yang resistan serangan serangga melalui pemindahan gen bakteria Bacillus thuringiensis (Bt)
- contohnya tanaman yang menerima gen Bt ialah Kapas Bt dan Jagung Bt
Produk pertanian dan sifat toleran tertentu:
Produk SifatJagung Resistan serangan pengorek batang
Betik Resistan virus bintik berpusar
Ubi kentang Resistan virus daun kerinting
Tomato Melambatkan buah rosak
5. Meningkatkan toleran tanaman dan ternakan terhadap persekitaran- faktor persekitaran seperti kemasinan tanah, perubahan suhu dan cuaca
- boleh merencatkan pertumbuhan tanaman
- atasi dengan menghasilkan tanaman transgenik
6. Mengawal penyakit
- aplikasi bioteknologi menghasilkan vaksin dan antibiotik
- mengawal penyakit yang disebabkan oleh kulat, virus atau bakteria
7. Mengurangkan penggunaan bahan kimia pertanian- penggunaan pestisid dan baja kimia mencemarkan alam sekitar
- bioteknologi menghasilkan :
- tanaman transgenik yang resistan penyakit – dapat kurangkan penggunaan pestisid
- tanaman kekacang mengikat nitrogen dari atmosfera – dapat jimat guna baja N
- vaksin untuk cegah penyakit ternakan
Penggunaan bioteknologi dalam pertanian
1. Inokulasi rhizobium
- bakteria Rhizobium sp terdapat dalam nodul akar kekacang
- bakteria ini mengikat nitrogen dari atmosfera
- nitrogen yang diikat digunakan oleh tumbuhan
- inokulum Rhizobium menghasilkan simbiotik antara kekacang dan Rhizobium
2. Kawalan perosak secara biologiKaedah :
(a) Penggunaan tanaman pencegah
- struktur seperti duri, bulu, lendair dan aroma mencegah kehadiran perosak
- aroma serai wangi menghalau nyamuk dan lipas
(b) Penanaman tanaman resistan penyakit
- menggunakan kejuruteraan genetik untuk mengubah dan memindahkan gen
- menghasilkan varieti baru yang dikehendaki yang resistan terhadap penyakit
- contohnya pemindahan gen Bt untuk menghasilkan tanaman yang resistan serangga
dan virus
(c) Penggunaan serangga pemangsa
- mengawal perosak menggunakan haiwan pemangsa
- contoh : burung jelapang – kawal tikus; burung/semut/bakteria – kawal serangga
3. Penguraian sisa pertanian- membersih pencemaran sisa pertanian
- menggunakan mikroorganisma seperti E. Coli dan Pseudomonas sp
- contoh aktiviti penguraian sisa pertanian yang berguna dalam bidang pertanian:
(a) Pengkomposan – mengubah sisa pertanian kepada bahan organik berguna
(b) Landfarming – mengurai bahan cemar
(c) Biostimulasi – memecahkan bahan cemar kepada hasil kurang bahaya
4. Industri makanan berasaskan pertanian
(a) Penghasilan makanan berasaskan tanaman
- Penapaian – tapai, tempe, kicap
- Kultur tisu – pembiakan tanaman
- Trangenik – ubah sifat tanaman cara pemindahan gen
(b) Penghasilan makanan berasaskan ternakan
- Penapaian – yogurt, keju,
- Pembiakan in vitro – pembiakan ternakan secara permanian beradas
- Transgenik – hasil pengeluaran yang diubahsuai
……kejuruteraan genetik boleh mengubah sifat haiwan
zebroo1

5. Penghasilan varieti baru melalui kejuruteraan genetik- menghasilkan organisma baru dikenali sebagai transgenik
- melalui pemindahan gen secara kejuruteraan genetik
- contoh tanaman transgenik:
(a) Kapas Bt – terima gen bakteria Bacillus thuringiensis – resistan kepada kumbang pengorek batang
(b) Betik – disambat gen protein kapsul – halang penyakit Papaya Ring Spot Virus
- contoh ternakan transgenik ;
(a) Biri-biri – disambat gen enzim sistin – meningkatkan kualiti bulu
(b) Kambing – hasil protein anti pembekuan darah
Aplikasi prinsip bioteknologi menghasilkan :
1. Baja organik – kompos
 2.. Makanan melalui proses penapaian – tapai

MEKANISASI LADANG


Mekanisasi ladang ialah penggunaan jentera atau mesin untuk membantu melakukan kerja perladangan
Faedah mekanisasi ladang
1. Menjimatkan masa
- jam bekerja dapat dikurangkan
- kerja cepat disiapkan
2. Menjimatkan tenaga pekerja
- kurang pekerja diperlukan untuk mengendalikan jentera/mesin
- seorang pekerja boleh melakukan banyak kerja
3. Menghasilkan kerja dengan lebih berkesan
- hasil kerja sekata/konsisten seperti kedalaman penggemburan dan kadar siraman air
4. Menepati masa
- kerja dapat dibuat ikut kesesuaian masa
- elak cuaca buruk atau memenuhi permintaan pasaran
- kerja dapat disiapkan mengikut jadual
5. Memudahkan kerja
- mengurangkan beban dan seksa kerja
- pekerja tidak keletihan
- kerja seperti membajak menjadi lebih mudah dan ringan
Faktor yang perlu dipertimbangkan dalam penggunaan mekanisasi ladang
1. Faktor fizikal tanah
- meliputi topografi, keluasan tanah dan jenis tanah
- kawasan berbukit bina teres menggunakan jentera penyodok tanah
- kawasan luas pemugaran tanah menggunakan traktor empat roda, kawasan kecil gunakan
traktor dua roda
- kawasan tanah lembut seperti sawah padi gunakan traktor dua roda
2. Faktor kos
- harga jentera dan mesin adalah mahan
- dapatkan secara sewa beli, upah atau pajakan
- jika mampu dan ladang luas boleh beli sendiri
3. Faktor teknikal
- mempunyai pengetahuan, kemahiran pengendalian, kebolehan melakukan
penyelanggaraan dan pembaikan, kemudahan mendapatkan alat ganti, khidmat selepas
jualan dan kebolehan melakukan pengubahsuaian terhadap jentera jika perlu
- tanpa pengetahuan teknikal, kos penyelenggaraan dan pembaikan akan tinggi
Penggunaan mekanisasi ladang
(a) Tanaman
Penyediaan tanah
Alat pemugaran primer
Bajak piring – Memotong, mengangkat, memecah dan membalikkan tanah
Bajak sepak – Memotong, mengangkat dan membalikkan tanah
Bajak pahat – Memecah dan melonggarkan tanah kering dan keras.
Menarik akar keluar dari tanah
Alat bajak sekunder
Bajak putar – Memotong dan menghancurkan tanah (menggembur), menggaul sisa
tanaman dan baja dalam tanah dan mengawal rumpai.
Putaran mata kuasa dari aci sadap kuasa
Bajak sikat – Memecah tanah kasar menjadi halus dan mengawal rumpai dengan cara
memotong rumpai dan menarik akarnya keluar
Penggembur – menghaluskan tanah untuk sedia ditanam
Pembatas – Menggembur sambil membina batas
Penanaman
Penanam biji benih – Untuk biji benih besar seperti kacang tanah dan jagung
Penyembur kabus – Untuk biji benih kecil seperti padi dan biji benih rumput ternak
Penanaman anak padi – Untuk tanam anak padi
Pembajaan
Penabur baja – Untuk baja jenis butiran dan debu
Penghembus berjentera untuk menabur baja – Untuk baja butiran dan tabur biji benih padi
Penyembur boom – Menyembur baja cecair dan racun
 ……pest control
pestcontrol
Pengawalan rumpai dan perosak
Penebas putar – Dipasang pada traktor 4 roda dan guna kuasa dari aci sadap kuasa
Mesin rumput tolak – Potong rumput yang tidak tebal
Penebas sandang – Sesuai di kawasan berbukit, tidak rata, sempit dan rumput tebal
Pam berkuasa – Menyembur herbisid (racun rumpai)
Penyembur galas – Untuk menyembur fungisid, herbisid dan insektisid
Pengairan dan penyaliran
Pengairan 
Sistem pengairan titisan – Bekal air pangkal pokok dengan tekanan yang rendah
Sistem pengairan percikan – Guna pam untuk hasil tekanan air yang tinggi. Sesuai untuk
sayur, jagung, orkid, nurseri atau tanaman yang ditanam rapat
Penyaliran
Pam air – Keluarkan air dari kawasan tanaman
Pengorek kaut – Untuk gali parit bagi membina sistem perparitan
Pemarit – Jentera membina parit kecil
Penuaian hasil
Mesin jentuai kombin – Menuai padi
Mesin penuai buah – Memetik buah bertangkai seperti mempelam, rambutan dll.
(b) Ternakan
Pemberian makanan
Pengangkut berantai – Mengangkut makanan ke sangkar ayam / ke palung makanan
Tiub berauger – Mengangkut makanan ke sangkar ayam / ke palung makanan
Pemberian minuman
Puting minuman / puting logam – Untuk ayam dan arnab minum
Pengutipan hasil
Pengangkut panggul – Kumpul telur ayam
Mesin pemerusuan – Memerah susu lembu atau kambing gunakan mesin mudah alih atau tetap
Penggredan telur
Penggred telur – Asing / gred telur ayam ikut berat
Sistem pengairan
(a) Titisan
- air diberi pada pangkal pokok di zon perakaran
- sesuai untuk tanah yang daya pegangan air rendah dan pokok dalam beg politena
- kebaikan:
- jimat air kerana air dititis terus pada pangkal pokok
- tidak gunakan pam kerana air mengalir menggunakan tekana graviti
- air diguna secara efisien kerana air yang dibekal terus diserap oleh akar
- program pembajaan boleh dilakukan serentak dengan pengairan
- Kelemahan : penitis mudah tersumbat
- komponen sistem pengairan titisan : pam, sumber air, paip utama dan paip sekunder
(bahan paip samada besi galvani, PVC atau polietilena) dan penitis
- penyelenggaraan:
- penapis – bersihkan penapis untuk elak paip dan penitis tersumbat
- sambungan dan keseluruhan paip – elak kebocoran
- penitis – bersih bendasing/sampah untuk elak tersumbat
(b) Percikan
- sesuai untuk kawasan padat dengan tanaman seperti sayur-sayuran
- tidak sesuai untuk tanah yang tidak dapat memegang air seperti tanah pasir
kebaikan :
- sesuai untuk kawasan berbukit atau tanah tidak rata/sekata
- kedudukan paip dan pemercik boleh diubah ikut keperluan semasa
- suhu persekitaran tanaman dapat dikurangkan
kelemahan :
- jika ada tiupan angin kuat, kecekapan penyemburan air berkurangan
- perlu kos tinggi – untuk pembelian alat, bahan dan penyelenggaraan
- komponen – pam, sumber air, paip utama dan paip sekunder, pemercik (makro dan
mikro)
- pemercik makro untuk nurseri kelapa sawit, jagung dan sayur berpancang
- pemercik mikro untuk nurseri bunga, sayur daun dan rumput taman
- penyelenggaraan :
- pastikan paip tidak tersumbat
- kepada pemercik tidak tersumbat
Bandingbeza sistem pengairan titisan dengan sistem pengairan percikan
Titisan
• Air mengalir kerana tarikan graviti
• Air mengalir kerana tarikan graviti
• Boleh lakukan pembajaan
• Kecekapan titisan tidak dipengaruhi tiupan angin
• Guna sedikit air, dapat jimat air
• Dapat mengurangkan pertumbuhan rumpai
• Kos pengendalian rendah – guna tarikan graviti
• Boleh lakukan kerja pengurusan semasa sistem pengairan beroperasi
Pengairan percikan
Percikan
• Air dipam untuk dipercikkan
• Air dipercik tersebar ke kawasan luas
• Pembajaan tidak ekonomik
• Tiupan angin kencang mengurangkan kecekapan penyiraman
• Banyak air tidak terkena pokok, membazir air
• Menggalakkan pertumbuhan rumpai
• Kos pengendalian tinggi sebab guna pam
• Kerja pengurusan sukar dilakukan semasa sistem pengairan beroperasi

GENETIK - faktor genetik ternakan



a.      Ciri ternakan yang dikehendaki

·         Cepat membesar
           -  cepat dipasarkan dan tempoh pusingan singkat
           -  kos makanan dan penjagaan dapat dikurangkan

·         Cepat mengeluarkan hasil
           -  cepat mengeluarkan hasil seperti susu, daging dan telur
           -  tempoh beranak yang cepat
      -  contoh: pengeluaran susu pertama lembu Freisian ialah 33 bulan dan lembu 
          Friesian – LID ialah 38 bulan
           -  lembu daging perlu ambil masa singkat untuk membesar dan menggemuk

·         Berupaya melahirkan banyak anak
-  kadar bunting tinggi, peratus kematian anak semasa dilahirkan rendah dan tempoh
   bunting semula cepat
·         Hasil tinggi
           - pengeluaran daging, susu atau telur tinggi
           -  tempoh laktasi lama, contohnya tempoh laktasi lembu Friesien ialah 200 hari

·         Hasil berkualiti
           -  hasil karkas yang tinggi bagi ternakan pedaging
           -  telur ayam :  saiz, bentuk, warna telur, mutu isi dan tebal cengkerang yang baik

·         Kecekapan penukaran makanan yang baik
           -  makanan ditukar kepada bentuk  daging, telur dan susu dengan cekap
           -  penukaran yang cekap menjimatkan kos pengeluaran ternakan

·         Resistan terhadap penyakit
           -  resistan terhadap serangan parasit dan penyakit tropika
           -  contoh : lembu Brahman dan LID resistan terhadap endoparasit
           -  lembu LID juga resistan terhadap penyakit tropika

·         Toleran terhadap persekitaran
           -  tahan pancaran cahaya matahari berlebihan/terik, tekanan haba dan kelembapan
               tinggi
-  contoh : lembu baka KK tahan suhu dan kelembapan tinggi manakala lembu 
          Brahman tahan tekanan haba


b.      Kaedah pembiakbakaan

·         Pembiakbakaan kacuk
- bermaksud pembiakan antara dua baka berlainan contohnya baka Bos indicus
  dengan baka Bos taurus
           -  kelebihan pembiakbakaan kacuk
o        Pencapaian anak lebih baik dari induk
o        Tahap kecergasan anak lebih tinggi daripada purata prestasi induk  
       (heterosis)
o        Ciri kemandirian yang tinggi

·         Pembiakbakaan seturunan
-  bermaksud pengawanan antara ternakan yang mempunyai hubungan   
   kekeluargaan yang rapat / atau antara ternakan yang mempunyai hubungan 
   genetik yang  rapat
         -  contoh pengawanan anak dengan ibu atau induk jantan dengan anak betina

         -  kelebihan :
o        Mengekalkan ciri dalaman baka
o        Mewujudkan satu kumpulan yang mempunyai ciri luaran yang seragam
             -  kekurangan :
o        Pengurangan kecegasan
o        Penurunan keupayaan membiak


c.      Sistem pembiakan ruminan : organ dan fungsi

·         Jantan

Organ
Fungsi
Testis
·         Mengeluarkan sperma melalui proses spermatogenesis
·         Mengeluarkan hormon testosteron
Skrotum
·         Pelindung, penahan dan pengawal suhu testis
Epididimis
·         Mematang, memekat dan menyimpan sperma
·         Sebagai saluran keluar sperma daripada testis
Vas deferens
·         Sebagai saluran keluar sperma daripada epididimis
Pundi sperma
·         Mengeluarkan bendalir yang melindungi dan memudahkan pergerakan sperma
Kelenjar prostat
·         Mengeluarkan bendalir yang mengandungi mineral
Kelenjar Cowper
·         Mengeluarkan bendalir untuk membersihkan uretra
Uretra
·         Saluran keluar semen
Zakar
·         Menyalurkan semen ke dalam organ pembiakan betina


·         Betina
Organ
Fungsi
Ovari
·         Mengeluarkan ovum
·         Mengeluarkan hormon estrogen dan progesteron
Oviduktus
·         Menghubungkan uterus dengan ovari
·         Menerima ovum
Tanduk rahim
·         Tempat ovum tersenyawa
Uterus / rahim
·         Menyalurkan sperma ke tempat persenyawaan
·         Menampung perkembangan zigot
·         Menyediakan nutrien untuk perkembangan zigot
·         Merembeskan hormon prostaglandin
Serviks
·         Menyalurkan sperma ke dalam uterus
·         Saluran kelahiran anak
·         Mengeluarkan lendir semasa estrus
·         Tempat pemancutan semen
·         Menghindari jangkitan kuman daripada faraj semasa bunting
Faraj
·         Menyalurkan semen
·         Saluran kelahiran
Vulva
·         Mengelilingi bukaan faraj dan uretra
















           Tanda biang (estrus)


·         Membenar dirinya dipanjat
·         Vulva merah dan bengkak
·         Terdapat mukus di vulva
·         Selalu terkencing
·         Sentiasa menegakkan ekor
·         Mengasingkan diri
·         Kurang selera makan
·         Gelisah dan membising


d.      Teknik pembiakan

·         Pengawanan semulajadi (in-vivo)

       Maksud : pejantan dan betina dibiarkan bersama (mengawan)
                      semasa tempoh estrus untuk  menghasilkan kehamilan


Perbandingan kelebihan dan kekurangan pengawanan semulajadi
dengan permanian beradas

Teknik pembiakan
Kelebihan
Kekurangan

Pengawanan semulajadi
·         Tidak memerlukan kepakaran manusia
-          pengawanan berlaku dengan sendirinya apabila betina estrus
-          lembu jantan dapat mengenal pasti lembu betina yang estrus

·         Penternak tidak perlu mengesan estrus

-          lembu jantan dapat   mengenal pasti lembu betina yang estrus dan melakukan pengawanan
-          kerja mengesan lembu estrus adalah sukar jika bilangan ternakan banyak


·         Baka pejantan terpilih sukar ditentukan
-          pengawanan berlaku tanpa pengawasan penternak
-          penternak tidak tahu dengan lembu jantan mana betina telah mengawan

·         Kadar pejantan dengan betina terhad

-          pejantan tidak mampu mengawan dengan banyak lembu betina yang estrus dalam satu-satu masa
-          banyak lembu penjantan diperlukan jika lembu bertina banyak

·         Pejantan rakus menyebabkan lembu betina cedera

-          penjantan akan terus mengawan dengan lembu betina yang sedang estrus
-          kerakusan penjantan menyebabkan betina cedera seperti cedera atau luka pada bahagian belakang dan faraj

·         Seekor penjantan dapat melakukan permanian hanya pada seekor betina dalam satu masa

-          kemampuan penjantan adalah terhad
-          penjantan dapat mengawan dengan seekor betina sahaja pada satu masa

·         Data pembiakan sukar ditentukan

-          kerana penjantan bergaul dengan lembu betina, pengawanan berlaku dengan bebas
-          petani tidak dapat mengesan penjantan yang telah mengawan dengan lembu betina

·         Perlu kos tinggi untuk mendapatkan baka luar negeri

-          untuk hasil baka baru perlu import baka dari luar negeri
-          mengimport baka pejantan dari luar negeri memerlukan kos yang tinggi
-          penternak perlu menampung kos membeli, membawa dan menyelenggara baka penjantan yang diimport


Permanian beradas

·         Data pembiakan dapat dikumpul dengan berkesan

-          anak yang dilahirkan dikenal pasti keturunannya
-          sumber semen telah dikenal pasti bakanya

·         Mudah menghasilkan baka baru

-          boleh import semen beku baka baik dari luar negeri
-          kos import semen lebih murah
-          boleh mendapat semen dari baka jantan terpilih

·         Betina tidak cedera kerana kerakusan baka penjantan

-          baka penjantan tidak digunakan
-          hanya perlu menyuntik semen pada lembu betina
·         Kos pengendalian murah

-          tidak perlu simpan baka pejantan, hanya simpan semen beku
-          baka pejantan tidak perlu dipelihara
-          semen boleh diimport

·         Penggandaan pembiakan cepat berlaku

-          semen beku boleh disuntik kepada beberapa betina yang estrus serentak
-          banyak kelahiran serentak atau hasil banyak anak lembu yang sebaya

·         Perlu kemahiran suntik semen

-          kemahiran menyuntik semen menentukan kejayaan permanian beradas
-          penternak tidak mahir melakukan suntikan semen
-          masih memerlukan bantuan pegawai Jabatan Perkhidmatan Haiwan

·         Perlu kemahiran memerhati/mengesan estrus
    
-          estrus berlaku dalam masa yang singkat sahaja iaitu 8 – 12 jam
-          kegagalan mengesan estrus menyebabkan permanian beradas tidak boleh dilakukan
-          perlu menunggu pusingan estrus seterusnya

·         Tidak dapat mengesan kecacatan penjantan

-          kecacatan baka penjantan hanya dapat dilihat bila anak lembu dilahirkan
-          jika semen tersebut telah digunakan pada banyak lembu, lembu-lembu lain pun akan turut cacat


      
                                                                       
e.      Permanian beradas (in-vitro)

 Maksud :  menyuntik semen daripada pejantan terpilih ke dalam uterus induk   
           betina terpilih dengan menggunakan alat khas seperti pistolette 
           (French Gun)

·         Langkah permanian beradas

                                i.            Penyediaan semen

o        Mengumpul semen
-  dua cara
-  mengurut kelenjar vaskular bagi ternakan kecil seperti ayam dan  itik
-  menggunakan faraj palsu bagi ternakan seperti lembu dan kambing

o        Mencair semen
-  untuk mendapat isipadu semen lebih banyak
-  boleh disuntik pada banyak induk betina
-  bahan pencair seperti sitrat kuning telur, posfat kuning telur, susu segar    
   dan santan kelapa

o        Menyimpan semen
-  mengisi dalam straw , dengan isipadu 0.25 ml atau 0.5 ml yang
   mengandungi 23 juta sperma
-  dicetak pengenalannya


                              ii.            Penyuntikan semen

·         Pemilihan induk betina

-          pilih induk betina yang estrus
-          pasung

·         Mengenyah beku semen

-          rendam dalam air suam bersuhu 35 oC
-          masukkan straw ke dalam pistolette

·         Menyuntik semen ke dalam serviks

-          pasung lembu
-          Masukkan tangan melalui dubur untuk mengesan serviks
-          kesan kedudukan uterus dan tanduk uterus
-          bersih bibir faraj
-          masukkan pistolette ke dalam faraj
-          suntik semen ke uterus dan tengah serviks
-          bersih alatan
-          lepas lembu dan beri makan